Penjawat awam direman bantu siasatan kes suapan RM18,000 bagi projek RM140,000

Dari Penulis

GUNA kedudukan luluskan projek dan sebagai balasan dapat ‘persen’ suapan daripada syarikat pembekal.

Ini cerita yang selalu dilaporkan zaman berzaman dan ramai pun yang sudah didakwa.

Mangsanya negara dan rakyat teramai akibat perilaku rasuah tetapi kisah ini seperti tiada penamatnya kerana terus dikesan.

Terbaru di Selangor, seorang penjawat awam berstatus pengurus direman bagi membantu siasatan berhubung kes menerima wang suapan kira-kira RM18,000 daripada sebuah syarikat pembekal baja.

Turut ditahan bersama penjawat awam itu seorang lagi individu berusia 50-an.

Mereka dikenakan reman empat hari yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Perintah reman kedua-dua lelaki itu yang bermula hari ini sehingga 13 September depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu kedua-dua suspek yang berusia 54 dan 51 tahun itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz sekitar 10 pagi tadi diiringi pegawai SPRM.

Semalam media melaporkan SPRM menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam kerana dipercayai menerima wang suapan kira-kira RM18,000 daripada sebuah syarikat pembekal baja.

Kedua-dua suspek tersebut ditahan sekitar 3 petang di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Sumber SPRM memaklumkan, perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang penjawat awam bersama seorang lagi suspek sebagai balasan membantu syarikat pembekal baja tersebut mendapatkan kerja-kerja membekalkan baja cecair organik bernilai lebih RM140,000 kepada sebuah pertubuhan peladang di Selangor.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

DBKL diberi peringatan, perketat kawal selia pembangunan berhampiran kolam takungan air

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memberi peringatan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memperketat pemantauan dan kawal...

More Articles Like This