Sedapnya pavlova ros buah campuran ini. Bagi yang suka menikmati pavlova, resipi ini wajib anda cuba. Jom lihat bahan dan cara penyediaan.

BAHAN
1 sudu kecil tepung jagung
3 biji telur putih
175 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna merah
Sedikit strawberi
Sedikit kiwi
Sedikit anggur

CARA
1.Pastikan bekas yang anda gunakan dalam keadaan bersih dan kering.
2.Pukul putih telur sehingga kembang. Masukkan gula kastor. Pukul lagi sehingga kembang.
3.Perlahankan kelajuan mixer, masukkan esen vanila dan tepung jagung. Pukul rata dan sebati.
4.UNTUK MEMBUAT CORAK PAVLOVA : Sediakan satu lidi sate dan warnakan merah, kemudian coretkan ke dalam beg piping. Buatkan 5 garisan berselang-seli.
5.Akhir sekali, masukkan adunan pavlova ke dalam beg piping. Bentukkan corak bunga. Biarkan selama 15 minit dalam keadaan suhu sejuk 17°C.
6.Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 160°C.
7.Apabila sudah siap, potong buah strawberi, kiwi dan anggur mengikut kesesuaian anda. enak dihidangkan bersama krim segar atau sos coklat.

Resipi : Amira Abdul Malek – Aunty Tartlet