Resipi ikan tongkol phat phep ini adalah resipi yang berasal dari Thailand. Juadah ini sangat mudah untuk disediakan dan pasti membuka selera. Jom cuba!

1 ekor ikan tongkol

1 helai daun limau purut

Sedikit asam limau

Sedikit kacang panjang

Sedikit stok ayam

Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR

2 batang serai

7 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

2 biji bawang besar

1 inci halia

Sedikit cili kering

1 inci lengkuas

1 sudu kecil lada hitam

1 inci belacan

CARA

  1. Goreng ikan sehingga masak. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan daun limau purut, asam limau, kacang panjang dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Tuang di atas ikan dan sedia dihidang.

Resepi: Cef Tuan Shafiq Tuan Suharto