Pelajar IPT belum cukup umur 18 tahun akan dibenarkan vaksinasi – Noraini

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi akan memohon agar Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) membenarkan pelajar dan bakal pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang umur mereka belum mencukupi 18 tahun dibenarkan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai masalah yang dihadapi oleh para pelajar yang belum cukup umur 18 tahun untuk mendaftar diri bagi memasuki universiti masing-masing tidak lama lagi.

“Saya mengambil maklum isu di mana pelajar tidak dibenarkan mendapat vaksinasi oleh pihak PPV dengan alasan umur mereka belum mencukupi umur 18 tahun. Keadaan ini pastinya menimbulkan kesukaran kepada anak-anak pelajar yang mahu kembali ke kampus,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan di Facebook miliknya sebagai mengulas laporan UtusanTV.com bertajuk ‘Program vaksin IPT: Bakal pelajar, PPV keliru wajib atau tidak?’.

BERITA BERKAITAN Program vaksin IPT: Bakal pelajar, PPV keliru wajib atau tidak?

“Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi untuk membuat permohonan secara rasmi kepada CITF supaya memberi kelonggaran had umur 18 tahun berdasarkan tahun kelahiran dan bukan mengikut tarikh lahir sebenar pelajar,” katanya.

Beliau berkata, kelonggaran itu akan membolehkan pelajar yang lahir pada bulan September hingga Disember 2003 dan mendapat tawaran kemasukan ke IPT tidak dinafikan oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) apabila hadir untuk mendapatkan vaksinasi.

UtusanTV melaporkan ribuan bakal pelajar IPT yang umur mereka belum mencukupi 18 tahun berasa kecewa apabila tidak dibenarkan mendapat suntikan vaksinasi oleh pihak pengurusan PPV walaupun Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba telah menyatakan boleh berbuat demikian secara walk-in dengan hanya menunjukkan kad matrik atau surat tawaran memasuki universiti.

Pengumuman Dr. Adham itu telah membuatkan ribuan pelajar dan ibu bapa mereka menyerbu PPV di seluruh negara bagi membolehkan mereka disuntik sebagai persediaan memasuki universiti yang dijangka dibuka mulai bulan depan.

Disebabkan PPV sendiri tidak jelas mengenai arahan tersebut, terdapat pelajar yang dibenarkan mendapat suntikan dan ada yang dinafikan walaupun mereka menjelaskan mengenai kenyataan Dr. Adham tersebut. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This