SERAMAI 1,183 lelaki telah direkodkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan, statistik dicatatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu membuktikan bahawa golongan lelaki tidak terkecuali daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Sehubungan itu, Noraini berkata, kerajaan melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang giat melaksanakan satu inisiatif strategik bagi menangani perkara itu.
“Ia selaras dengan fokus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkukuh institusi kekeluargaan dan meningkatkan kualiti modal insan negara.
“Inisiatif ini ialah Program Lelaki Budiman Negara yang mengandungi pembangunan dan pelaksanaan Modul Pendidikan Lelaki Budiman, yang secara langsung menyokong mandat LPPKN dalam memperkasa peranan lelaki sebagai suami, bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) yang meminta statistik terperinci mangsa lelaki dalam kes keganasan rumah tangga dari 2022 hingga kini.
Baca artikel lain: “Saya salah & emosi…” – Uqasha Senrose mohon maaf, akui khilaf kongsi konflik rumah tangga
Mengulas lanjut, Noraini berkata, sebanyak 1,778 kes keganasan rumah tangga telah dikesan melibatkan lelaki pada tahun 2022.
Katanya, jumlah tersebut menurun kepada 1,213 kes pada 2023 tetapi naik semula kepada 1,865 kes tahun lalu.
Beliau menjelaskan, isu lelaki sebagai mangsa penderaan sangat mencabar kerana masih ramai tidak mahu tampil ke hadapan atas beberapa faktor.
Antara faktor tersebut, kata beliau, termasuk perasaan malu, takut dan bimbang dipandang rendah.
“Kita selaku satu masyarakat perlu lebih empati dan tidak menghukumi. Oleh itu, LPPKN sentiasa mengukuhkan pendekatan outreach termasuk kaunseling.
“Kita tidak perlu tunggu mereka datang (sebaliknya) kita perlu mendekati mereka kerana kempen kesedaran dilaksanakan kementerian ini dibuat secara inklusif,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

