Semakan kemasukan ke universiti awam mulai tengah hari ini

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam sesi akademik 2021/2022 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf akan diumumkan mulai tengah hari ini.

Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan, semakan secara dalam talian itu boleh dibuat hingga 25 September depan menerusi pautan https://jpt.utm.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; http://jpt.ums.edu.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai 16 hingga 25 September 2021 di laman web universiti awam.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh universiti awam kepada yang berjaya mulai 16 September 2021 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Universiti perlu tingkatkan keupayaan digitalisasi

Mengulas lanjut, Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan hanya pemohon yang gagal menerima tawaran sahaja boleh mengemukakan rayuan.

Katanya, rayuan itu boleh dibuat melalui laman web UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam di pautan https://upu.mohe.gov.my.

Kementerian itu memberitahu, permohonan rayuan boleh dilakukan dalam tempoh 11 hari mulai hari ini sehingga 25 September.

“Tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program serta universiti tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan,” jelas Kementerian Pengajian Tinggi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This