Keputusan permohonan lepasan SPM memasuki universiti diketahui esok

Dari Penulis

KEPUTUSAN permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Teknologi Mara (UiTM), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan esok.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan berkata, keputusan boleh disemak secara dalam talian mulai jam 12 tengah hari di pautan https://jpt.utm.edu.my; http://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.my dan http://jpt.umt.edu.my.

Menurut KPT, pengesahan setuju terima tawaran dan surat tawaran boleh dicetak mulai Sabtu ini hingga 26 Julai di laman web Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan ILKA.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan IPTA dan ILKA pada hari yang sama calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh 10 hari seperti dinyatakan,” katanya memetik laporan Bernama.com.

BERITA BERKAITAN Lepasan SPM masih berpeluang, UPUOnline lanjut tarikh tutup permohonan ke universiti

KPT berkata, hanya pemohon yang gagal dan mendapat tawaran program sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke universiti awam dan politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 11 hari mulai esok sehingga 26 Julai.

Rayuan ke Kolej Komuniti dan ILKA pula boleh diajukan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline.

Menurut KPT, tawaran tempat bagi sesi akademik 2021/2022 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.

Dasar pemilihan rayuan pelajar adalah tertakluk kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan. – UtusanTV

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This