Kit Ujian Kendiri Covid-19./ GAMBAR Abd Razak Aid

KES baharu COVID-19 seluruh negara kembali merekodkan penurunan hari ini selepas meningkat semalam.

Sehingga tengah hari tadi, jumlah penularan seluruh negara turun ke paras 18,000 mencecah 18,815 kes.

Kadar yang dicatatkan hari ini sekali gus menyaksikan jumlah kumulatif COVID-19 telah pun mencecah 2.049 juta kes.

Sarawak kekal menjadi negeri penyumbang tertinggi penularan apabila sebanyak 3,660 dicatatkan hari ini.

Jumlah yang dicatatkan itu bagaimanapun menurun berbanding 4,709 direkodkan semalam.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor masih mencatatkan kes di paras di bawah 3,000, sama seperti semalam.

Penularan di Selangor kekal berada di paras 2,718 kes baharu berbanding 2,710 direkodkan semalam.

Baca artikel berkaitan: Kes COVID-19 naik kepada 19,495, Terengganu hampir 1,000

Johor pula kembali mencatatkan peningkatan kes hari ini apabila jangkitan naik semula melebihi 2,000.

Kes baharu di Johor naik semula mencecah 2,206 penularan.

Lima negeri lain turut kekal merekodkan empat angka jangkitan hari ini.

Sabah mencatatkan 1,982 penularan; Pulau Pinang (1,777 kes); Perak (1,446 kes); Kedah (1,233 kes) dan Kelantan (1,222 kes).

Sementara itu, lima negeri lain pula mencatatkan tiga angka jangkitan COVID-19 hari ini.

Terengganu yang hampir mencecah 1,000 semalam turun sedikit kepada 814 kes hari ini diikuti Pahang (712 kes); Kuala Lumpur (493 kes); Melaka (269 kes) dan Negeri Sembilan (170 kes).

Jangkitan di Perlis pula kembali kepada dua angka dengan 80 kes direkodkan manakala 22 penularan dicatatkan di Putrajaya.

Labuan yang tidak merekodkan sebarang kes baharu semalam pula mencatatkan 11 jangkitan hari ini.

Berikut pecahan kes mengikut negeri:

SELANGOR – 2,718
KUALA LUMPUR – 493
SABAH – 1,982
JOHOR – 2,206
SARAWAK – 3,660
KEDAH – 1,233
PULAU PINANG – 1,777
KELANTAN – 1,222
NEGERI SEMBILAN – 170
PERAK – 1,446
PAHANG – 712
MELAKA – 269
TERENGGANU – 814
LABUAN – 11
PUTRAJAYA – 22
PERLIS – 80

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram