Perdana Menteri luang masa lawat mangsa tanah runtuh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat meluangkan masa melawat mangsa tanah runtuh di Kampung Madsiang, Penampang, Sabah, hari ini.

Ismail Sabri turut melakukan tinjauan di sekitar lokasi kejadian bagi melihat situasi sebenar tanah runtuh yang menimpa tiga keluarga dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam.

Perdana Menteri tiba di kawasan tersebut bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada kira-kira pukul 2.20 petang.

Selain bertanya khabar, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, beliau telah meminta pihak kerajaan negeri dan agensi-agensi terlibat supaya segera mempercepat pemberian bantuan kepada mangsa.

“Menyayat hati, apabila saya melihat keadaan mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Madsiang di Penampang, Sabah. Dalam sekelip mata, kediaman mereka musnah akibat bencana itu yang berlaku semalam.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan naikkan Bantuan Wang Ihsan kepada RM1,000

“Saya dapat rasai kesedihan mereka ketika berbual dan bertanya khabar mereka. Saya turut menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga yang terjejas.

“Hajiji, Timbalan Ketua Menteri Sabah 1, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin serta beberapa agensi kerajaan juga turut serta bersama saya,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Tiga termasuk dua beranak disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Penampang, semalam.

Mereka yang terkorban adalah Salmah Hamid, 25, anaknya, Dayana Zulazmil, berusia lapan bulan dan Rosatima Asbirin, lima tahun.

Bagaimanapun, tiga lagi mangsa ditemukan selamat dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.

Mereka yang terselamat ialah Risdah Jabin, 22, Norsirah Asbirin, 3 dan Juliana Zulazmil berusia satu tahun.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

64 projek pembangunan semula sekolah daif siap sejak 2025

SEBANYAK 64 projek pembangunan semula sekolah daif telah berjaya disiapkan di seluruh negara sejak tahun 2025 hingga suku kedua...

More Articles Like This