Warga India, Sri Lanka, Nepal, Pakistan dan Bangladesh kini dibenarkan masuk Malaysia – KP Imigresen

Dari Penulis

JABATAN Imigresen menarik balik sekatan mengunjungi negara ini oleh pengembara dari lima negara iaitu India, Sri Lanka, Nepal, Pakistan dan Bangladesh yang sekaligus membolehkan mereka kembali memasuki negara ini.

Bagaimanapun, kemasukan warganegara terbabit hendaklah dibuat secara teliti dengan menyasarkan kategori Penduduk Tetap Malaysia, pemegang pas jangka panjang, pelawat perniagaan dan pelabur.

Pengumuman penamatan sekatan tambahan ke atas kemasukan warganegara dari negara-negara Asia Selatan itu terkandung dalam surat Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Khairul Dzaimee Daud bertarikh 20 September 2021.

Menurut laporan FreeMalaysiaToday.com, keputusan penamatan berkenaan ditetapkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada 8 September lalu yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Khairul Dzaimee berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menamatkan sekatan tambahan yang dikenakan ke atas negara terbabit berkuat kuasa serta-merta.

“Pelawat asing yang dibenarkan masuk hendaklah mematuhi syarat keperluan vaksin lengkap, prosedur ujian saringan ketika ketibaan dan kuarantin di Malaysia seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membendung penularan varian baharu Covid-19 dalam negara,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, media melaporkan warganegara Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan dilarang memasuki negara ini, tambahan kepada sekatan penerbangan dari dan ke India yang diumumkan 26 April lalu.

Bekas Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob ketika itu berkata, larangan terbabit terpakai kepada semua kategori pengembara, termasuk yang memiliki pas lawatan sosial jangka panjang dan pelawat perniagaan.

Pada masa yang sama, Sabah juga melaksanakan sekatan serta-merta terhadap pengembara dari benua India, susulan penularan varian India Covid-19 di negara terbabit.

Kadar jangkitan mingguan di negara jiran India ketika itu menyaksikan lonjakan kes secara drastik.

Jangkitan mingguan di Nepal meningkat 14 kali ganda berbanding jumlah kes yang dicatatkan pada awal April, begitu juga dengan kes di Sri Lanka dan Pakistan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This