Pada 1993, pengacara televisyen dan penulis terkenal, Sir David Frost telah menemu bual pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela dalam siri talkshow mingguannya, Talking With David Frost. Selain Mandela, turut ditemu bual Frost dalam program stesen televisyen BBC itu ialah Presiden Afrika Selatan, F. W. de Klerk dan pemimpin Parti Kebebasan Inkatha, Chief Mangosuthu Buthelezi.
Dalam temu bual itu, David Frost cuba meringkaskan kehebatan Mandela dengan berkata, “Salah satu perkara yang paling dikagumi ramai tentang Nelson Mandela ialah bagaimana beliau telah dipenjarakan selama 28 tahun kerana memperjuangkan kemerdekaan negara dan bangsanya, tetapi apabila dibebaskan, Mandela langsung tidak menunjukkan sikap dendam, marah atau benci kepada orang yang telah memenjarakannya dulu.”
David kemudiannya berkata, inilah yang membuktikan Mandela seorang pemimpin hebat dan pejuang yang sukar ditandingi. “Tuan Mandela,” sambung David, “boleh beritahu kami, bagaimanakah tuan mampu bersikap demikian?”
Jawab Mandela, “David, kalau boleh memang saya ingin mengambil tindakan yang keras dan membalas segala kezaliman yang telah mereka lakukan, tapi saya tiada masa untuk bersikap demikian. Ada banyak kerja lain yang lebih penting yang perlu saya lakukan untuk negara dan bangsa saya.”



——————————————————————————–
Untuk lebih berita terkini sila layari laman web kami di https://utusantv.com/ atau ikuti media sosial rasmi UtusanTV:
Facebook: https://www.facebook.com/utusantv
Twitter: https://twitter.com/UtusanTV
Instagram: https://www.instagram.com/utusantv/?hl=en
#utusantv #urtv #mastika #saji #wanita #hijabfesyen #alislam

