Lebih 19 juta individu lengkap vaksinasi COVID-19

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KADAR pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) semakin menunjukkan hasil sejajar dengan hasrat negara mencapai imuniti kelompok.

Program yang telah bermula sejak penghujung Februari lalu itu masih rancak berjalan bagi memastikan semua penduduk memperoleh perlindungan sewajarnya.

Sehingga semalam, sebanyak 41.573 juta dos vaksin COVID-19 telah pun diberikan ke seluruh negara termasuk bagi vaksin dos tunggal, CanSino.

Usaha itu juga telah menyaksikan lebih 19 juta individu telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Perangkaan lebih 19 juta atau lebih tepat 19.180 juta itu merangkumi 81.8 peratus populasi dewasa telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Ia juga termasuk termasuk 58.7 peratus bagi populasi keseluruhan.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 22.481 juta individu atau 68.8 peratus keseluruhan penduduk.

Dari segi pemberian harian, jumlah dos kekal melebihi paras 300,000 semalam.

Sebanyak 326,612 dos telah pun diberikan merangkumi 132,562 untuk dos pertama manakala 194,050 bagi suntikan kedua vaksin COVID-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 93.5 peratus.

Baca artikel berkaitan: 93.3 peratus dewasa terima satu dos, 41.247 juta telah diberi

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, menurut JKJAV, Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.678 juta atau 79.3 peratus populasi.

JKJAV memberitahu, ia diikuti liputan 2.015 juta (53.3 peratus populasi) di Johor; 1.826 juta (64.8 peratus populasi) di Sarawak; 1.583 juta (40.5 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.214 juta (48.4 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Pulau Pinang menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.060 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Kedah (1.024 juta) dan 789,738 di Kelantan.

“Seterusnya, Negeri Sembilan berjumlah 779,364; Pahang telah mencatatkan 767,041 lengkap dos kedua dan 657,781 di Terengganu.

“Di Melaka pula, sebanyak 558,715 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 157,717 di Perlis dan 67,268 di Labuan,” katanya menerusi infografik yang dimuat naik ke akaun Twitter miliknya hari ini.

Mengulas lanjut, JKJAV berkata, Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.134 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.558 juta individu.

Ia diikuti Sabah (2.103 juta); Sarawak (1.954 juta); Perak (1.597 juta) dan Kedah (1.320 juta).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Almera gagal kawal kereta, rempuh Civic di Jalan Tun Razak

TINDAKAN seorang lelaki dipercayai menekan pedal minyak secara berlebihan menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi kenderaan...

More Articles Like This