Lebih 23,000 pelajar IPT ditawar wang pendahuluan PTPTN RM1,500 seorang

Dari Penulis

SERAMAI 23,487 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam bagi kemasukan sesi Oktober 2021 boleh menarik nafas lega, apabila ditawarkan wang pendahuluan pinjaman (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM1,500 seorang.

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata tawaran yang membabitkan peruntukan RM35 juta itu, disediakan bagi membantu pelajar menampung sebahagian perbelanjaan persiapan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).

“Ia juga bagi memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki IPT disebabkan masalah kewangan. Wang pendahuluan ini diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang bersetuju menerima WPP semasa mengisi permohonan di UPU Online atau melalui portal kemasukan IPTA.

Menara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terletak di jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Syarat lain ialah ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan memenuhi kriteria ditetapkan PTPTN,” katanya selepas menyampaikan surat tawaran WPP kepada beberapa pelajar di Jitra, hari ini.

Katanya, pelajar yang mendapat tawaran tersebut boleh menunaikannya di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Bhd di seluruh negara bermula semalam (24 Sept), dan menghubungi PTPTN bagi sebarang pertanyaan.

Sementara itu, Wan Saiful berkata sejak WPP diperkenalkan pada 1999 sehingga Julai tahun ini, seramai 942,025 pelajar telah memanfaatkannya dengan peruntukan berjumlah RM1.39 bilion.

“Tahniah dan syabas kepada pelajar yang berjaya melangkah ke menara gading, WPP PTPTN yang diterima ini harus digunakan sebaik mungkin. Tunjukkan rasa syukur dan terima kasih dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga menjadi modal insan unggul kepada negara,” katanya. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This