Projek utama lebuh raya, landasan kereta api siap dalam RMK-12

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia akan menikmati beberapa lagi kemudahan utama jalan raya dan landasan kereta api menghubungkan kawasan dan wilayah di negara ini yang dijangka siap dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, infrastruktur dan utiliti asas yang berkualiti dan berdaya harap seperti jalan raya, rel, bekalan air dan elektrik adalah aspek yang sangat penting bagi pembangunan negara.

Antara projek-projek utama yang telah dilaksanakan, katanya, termasuk Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 1 yang menghubungkan Rawang ke Salak Selatan dan dijangka siap pada 2022.

“Landasan Berkembar Elektrik Gemas ke Johor Bahru yang juga jajaran akhir landasan berkembar elektrik dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor dijadualkan siap pada 2023.

“Pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan dan dijangka siap pada 2026, manakala Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan stesen Woodlands North di Singapura akan mula dibina pada hujung tahun ini.

“Lebuhraya Pantai Barat membabitkan Selangor dan Perak dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024, Projek Central Spine Road dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan dijadualkan siap sepenuhnya pada 2025 dan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dijangka siap sepenuhnya pada 2025,” katanya.

Beliau yang membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini, berkata dana mudah cara khusus untuk projek infrastruktur akan diwujudkan di bawah model Perkongsian Awam Swasta atau Public Private Partnership (PPP) 3.0.

“Model pelaksanaan projek tidak akan membabitkan komitmen kewangan kerajaan dan menggunakan kaedah Request for Proposal (RFP).

“Pelaksanaan projek-projek di bawah model baharu ini dijangka dapat diumumkan pada pertengahan 2022. Jawatankuasa khas PPP yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara akan ditubuhkan bagi membolehkan perundingan projek PPP dapat diselesaikan dalam tempoh setahun,” katanya. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar perempuan Tingkatan Empat maut terjatuh bangunan sekolah di Sendayan

SEORANG pelajar perempuan Tingkatan Empat maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban, hari ini. Ketua...

More Articles Like This