5.8 juta bakal pemilih boleh semak pra-pendaftaran automatik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 5.8 juta bakal pemilih akan diberi peluang untuk menyemak dan mengesahkan rekod dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (SPPA).

Menurut Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, SPPA akan diadakan mulai 1 hingga 31 Oktober depan bagi pemilih menyemak maklumat peribadi sebelum didaftarkan secara automatik.

Kata beliau, urusan SPPA boleh dilakukan melalui dua kaedah iaitu menggunakan aplikasi MySPR SPPA di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my atau hadir ke 594 tempat semakan SPPA di seluruh negara dengan mengimbas kod QR bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan.

“Dalam tempoh SPPA ini, mana-mana warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan kepada SPR sebelum didaftarkan secara automatik.

Baca artikel berkaitan: SPR perlu laksana Undi 18 menjelang 31 Disember, patuhi arahan mahkamah – Wan Junaidi

“Justeru, SPR menyeru kepada 5.8 juta bakal pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat berkenaan.

“Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, mereka dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya 31 Oktober 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri atau talian hotline SPR iaitu 03-8892 7018 atau melayari portal www.spr.gov.my.

Selain pejabat SPR dan Pilihan Raya Negeri, orang ramai juga boleh pergi ke pejabat pos, kompleks atau pejabat kerajaan dan pejabat daerah untuk melakukan semakan SPPA.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This