Melerai Kekusutan, Lihat Wajah Ketenangan. Tenang Itu Tanda Besar Keimanan

Dari Penulis

Oleh : Imam Muda Asyraf

Menatap Wajah-Wajah Ketenangan

Ada orang yang mengambil inisiatif melihat kehijauan sebagai cara menghilangkan kekusutan. Ada pula yang melihat keindahan pantai sebagai inspirasi kehidupan. Memang benar setiap ciptaan Tuhan, pasti ada hikmah. Termasuklah melarutkan ketenangan pada mata yang memandang.

Saya pernah bertanya kepada doktor yang merawat isteri saya tentang ‘aura’ yang terdapat pada wajah si bayi kecil. Memandang wajah bayi membuatkan saya terus hilang segala kekusutan masalah. Setiap kali pulang terus menatap wajah anak kecil membuatkan segala masalah itu hilang. Mengapa ia boleh menghilangkan stres? Doktor sendiri tiada jawapan pasti dari segi saintifik. Namun saya tertarik dengan jawapan dari doktor tersebut, wajah mereka itu adalah wajah ahli syurga. Apakah ada lebih ketenangan selain dari menatap wajah ahli syurga?

Islam menggalakkan perkahwinan. Disebutkan salah satu tujuan perkahwinan adalah proses membentuk ‘sakinah’. Ia bermaksud ketenangan menatap wajah pasangan. Bahkan doa yang masyhur tentang permintaan kepada Allah agar dikurniakan pasangan dan zuriat itu semata-mata untuk mendapat ketenangan di mata.

Lihat sahaja doa yang diajar Allah kepada kita. “Ya Tuhan kami, anugerahlah kepada kami, isteri dan zuriat yang menyejukkan mata, dan jadikanlah kami, imam bagi orang yang bertakwa.”(Al-Furqan ayat 74)

Bukankah doa ini membuktikan pasangan suami isteri itu juga penyebab hadirnya ketenangan.

Namun, bagaimana mungkin ketenangan dapat hadir dari pasangan suami isteri yang sering bertelingkah. Bukankah ianya lebih menyakitkan bila dipandang. Sebab itulah perlunya memetik keimanan terhadap sesama pasangan agar wajah-wajah keimanan itu mampu merubat kedukaan.

Pernahkah kita melihat wajah-wajah orang soleh. Pernahkah kita melihat wajah mereka yang ternampak keimanannya. Pernahkah kita menatap wajah orang yang sering hampir dahinya dengan tempat sujud. Bukankah ada kelainan pada wajah mereka?

Tenang Itu Tanda Besar Keimanan

“Sofea, aku hutang ratusan ribu? Kalau tidak ada iman dalam hati, dah lama aku berada di wad gila atau bunuh diri.”

Manakah pilihan kita? Beriman atau sakit mental. Apa hubungan iman dan sakit mental kerana kedua- duanya berbeza?

Ya. Memang berbeza tetapi keduanya amat berkait rapat sekali kerana sakit mental adalah jiwa yang kosong tanpa iman. Dengan keyakinan iman yang utuh, segala dugaan itu diharungi dengan sabar, tenang dan menggeratkan lagi hubungan hamba dengan Pencipta dan bukan menjadi alasan kita lupakan-Nya. Imam Muhammad Mutawalli Asy- Sya’rawi menjelaskan: “Orang beriman menghadapi tiap persoalan kehidupan dunia dengan memohon pertolongan Allah dan bertawakal kepada-Nya.

Apabila ia gagal mencapai apa yang dicita, ia tidak susah hati dan bersedih meskipun ia sedar bahawa kegagalan itu adalah kerana persediaan yang kurang sempurna.”

Ini perbezaan antara faham orang beriman dan orang tidak beriman. Orang yang tidak beriman bergantung nasib dalam usahanya kepada kesempurnaan persediaan. Apabila gagal, dia gelisah, fikirannya terganggu, hatinya risau, takut yang menyebabkan sakit jiwa dan akhirnya bunuh diri.

Mereka ini membuang agama dari diri. Apabila keimanan lenyap dari jiwa, maka lenyaplah ketenangan, ketenteraman, kebahagiaan dan rasa redha. Sebab itulah tekanan itu adalah cara Allah mengenal pasti tahap keimanan seseorang. Firman Allah s.w.t:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan : “Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?” (QS. Al-‘Ankabut :2). Adakah di sana iman tanpa cubaan dan ujian?! “Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar.

Dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(QS. Al-‘Ankabut : 3)


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Zulhijjah menyisih ego, membebas jiwa

Oleh : Pegawai Pejabat Zakat, Wakaf, Infaq (ZAWAIN) dan Pensyarah Sambilan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia...

More Articles Like This