Gangguan misteri jejas mental & emosi, Zara Zya sudah ikhtiar berubat

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON drama Sumpah Ibuku, Zara Zya berkongsi pengalaman dirinya yang sering terlihat kelibat makhluk yang seakan pontianak sejak 10 tahun lalu.

Zara menjelaskan, perkongsian itu dibuat kerana sudah bosan diganggu oleh makhluk tersebut.

“Dia sentiasa ada dekat dengan saya. Ada sesetengah orang tak faham, kata saya buat-buat cerita dan nak cari perhatian. 

“Tapi orang yang pernah alami hal sama, akan tahu,” katanya kepada URTV.

Pelakon itu mendedahkan makhluk tersebut kerap muncul di kawasan rumahnya dan sering mengganggu rutin harian, termasuk ketika memasak.

“Saya mula diganggu sejak 10 tahun lalu. Yang buat takut sebab muka dia buruk. 

“Tapi kita tak sepatutnya takut sebab kita lebih mulia daripada dia. 

“Sekarang keadaan dah beransur baik, sekejap nampak, sekejap tak nampak. Kadang saya sampai cakap, ‘Woi, tepilah… sudahlah’,” ujarnya.

Sementara itu, Zara juga sudah berusaha berubat dan mendapatkan bantuan pakar.


“Saya ada ikhtiar untuk berubat. Ramai suruh jumpa pakar. Tapi mungkin Allah belum izinkan saya sembuh sepenuhnya. Kini saya sihat sahaja,” katanya.

Namun, gangguan itu tetap memberi kesan kepada emosi dan kesihatan mentalnya.

“Gangguan ini mengganggu kehidupan seharian dari segi mental dan fizikal. 

“Fikiran jadi kusut, susah nak menghafal. Ia sangat menyusahkan, tak ada apa nak dibanggakan. Harap benda ini akan berkurang,” ujarnya.

Zara menegaskan, walaupun pengalaman itu menakutkan dan mengganggu, dia tetap tabah dan terus mengharapkan keadaan lebih baik pada masa akan datang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This