Pelajar cemerlang Padang Terap terima sumbangan bantuan ke IPT

Dari Penulis

KEJAYAAN anak-anak warga Padang Terap melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT), menerima penghargaan menerusi sumbangan bantuan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Seramai 376 pelajar cemerlang itu akan melanjutkan pengajian ke pelbagai IPT di seluruh negara bagi sesi kemasukan tahun 2021 dan majlis simbolik penyerahan sumbangan bantuan itu disempurnakan oleh Mahdzir di Kampung Padang Kerasak, Padang Terap.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, Ketua Wanita, Arfah Ariffin, Ketua Pemuda, Jasnizam Husni dan Ketua Puteri, Yusnaliza Ahmad

Dalam ucapannya, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, anak-anak warga Padang Terap telah membuktikan kemampuan mereka dalam pendidikan dengan kejayaan menjawat pelbagai jawatan dalam sektor awam dan swasta.

“Sejak 16 tahun lalu program sumbangan bantuan ini dilaksanakan, saya dapati sudah ramai anak-anak warga Padang Terap yang melanjutkan pengajian ke IPT dan telah berjaya dalam pelbagai bidang pekerjaan dalam syarikat swasta dan juga perkhidmatan awam,” katanya.

Kejayaan itu, katanya, sekaligus dapat mengubah taraf hidup ibu bapa dan keluarga pelajar terbabit.

“Itulah sebenarnya matlamat kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan tinggi untuk rakyat supaya apabila taraf pendidikan rakyat meningkat, ianya sekaligus akan meningkatkan juga taraf kehidupan rakyat, kerana menerusi pendidikan sahajalah akan mengubah nasib seseorang,” katanya.

  • UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This