Sidang Kemuncak ASEAN: IPT di Lembah Klang diberi pilihan laksana PdP dalam talian

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA institusi pendidikan tinggi (IPT) awam atau swasta di sekitar Lembah Klang diberi pilihan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau fizikal sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan mengambil maklum pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN pada 26 hingga 28 Oktober ini.

Justeru, KPT berkata, pihaknya akan memberikan kemudahan kepada IPTA dan IPTS untuk membuat pilihan menjalankan sesi PdP secara dalam talian atau fizikal.

“Keputusan itu dilakukan atas dasar cakna dan prihatin terhadap kesejahteraan warga, selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI.

“Setiap IPT diminta membuat semakan lokasi, masa dan tarikh laluan yang ditutup sepanjang 26 hingga 28 Oktober ini untuk menentukan keperluan bagi PdP secara dalam talian bagi memastikan warga tidak terkesan dengan penutupan jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: 102 sekolah di KL, Selangor laksana PDPR, BDR sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – KPM

Mengulas lanjut, KPT memaklumkan, pelajar dan warga IPT yang terkesan turut boleh berhubung dengan IPT masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Kemudahan yang diberikan ini bagi memastikan kesejahteran warga IPT dan membolehkan mereka merancang pergerakan masing-masing sekali gus memastikan proses PdP dapat berjalan dengan lancar,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan dilencongkan secara berperingkat bersempena dengan Sidang Kemuncak Asean ke-47 dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Mohd Yusri Hassan Basri, berkata laluan berkenaan termasuk Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Guthrie, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya MEX dan Lebuhraya KL-Seremban.

Jalan lain terlibat ialah Lebuh KLIA, Lingkaran Putrajaya, dan beberapa jalan utama di pusat bandar termasuk Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Parlimen dan Jalan Kuching.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This