Bunga lawang adalah rempah yang sering digunakan dalam masakan di Asia. Walaupun namanya adalah bunga lawang, ia sebenarnya bukannya bunga.

Ia adalah buah yang berbentuk seperti bunga. Buah ini akan dipetik sebelum masak dan kemudian dikeringkan di bawah cahaya matahari.

Bunga lawang sering digunakan dengan menumis bersama kulit kayu manis dan cengkih sebagai penyedap rasa dan menambah aroma masakan.

Selain menyedapkan masakan, bunga lawang juga mempunyai khasiat kesihatan. Herba ini baik untuk mengatasi gangguan pencernaan dan mempunyai fungsi diuretik atau melancarkan saluran kencing.