Dakwaan Klang bandar paling tidak selamat adalah tidak benar – Ketua Polis Selangor

Dari Penulis

MAKLUMAT oleh satu artikel yang disiarkan di sebuah laman web mendakwa Klang sebagai bandar paling tidak selamat dan miliki kadar keselamatan paling rendah di Asia Tenggara, adalah mengelirukan dan tidak benar sama sekali, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed. GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata, maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan oleh ‘Numbeo’ berkaitan indeks jenayah (crime index) dan indeks keselamatan (safety index) itu tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya. 

“Kaedah kajian secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak mengambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan agar tidak gusar atau bimbang dengan laporan yang dikeluarkan oleh laman web berkenaan kerana ia tidak menggambarkan statistik dan fakta sebenar jenayah di daerah Klang,” tambahnya.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCMC, PDRM tumpaskan sindiket kecurian peralatan telekomunikasi di Sarawak

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyimpanan peralatan telekomunikasi...

More Articles Like This