Peluang rancak pembangunan Pantai Timur dikenal pasti – PM

Dari Penulis

KERAJAAN sedang mengenal pasti peluang merancakkan pembangunan di Pantai Timur serta memastikan projek-projek yang dilaksanakan di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjalan lancar, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi perkongsian di laman sosial Facebooknya berkata dengan strategi yang baik, Pantai Timur dan Malaysia amnya pasti dapat menarik lebih banyak pelaburan untuk pembangunan ekonomi di samping menambah baik kualiti hidup sedia ada.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat ECERDC melalui sidang video hari ini berkata pelaburan juga dapat mencipta peluang pekerjaan serta meningkatkan keupayaan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini.

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This