Tun Mohd. Ali tidak akan terima sebarang kunjungan hingga Khamis

Dari Penulis

TIADA sebarang kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam boleh dilakukan oleh mana-mana wakil parti politik hingga Khamis ini.

Setiausaha Khas Yang Dipertua Negeri Melaka, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, ini kerana Mohd Ali sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 30 September lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19 dan tempoh kuarantin itu berakhir pada hari tersebut.

“Untuk kunjungan hormat, keputusan bergantung kepada Tun (Mohd Ali) pada hari beliau masuk pejabat semula.

“Jika beliau masuk pejabat Jumaat ini, mungkin beliau akan bagi keputusan untuk berjumpa atau tidak hari itu. Semua bergantung kepada keputusan beliau,” katanya yang dihubungi Bernama hari ini.

Nur Azmi turut mengesahkan menerima surat permohonan kunjungan hormat ke atas Mohd Ali daripada Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari semalam bagi membincangkan senario politik semasa Melaka.

BERITA BERKAITAN Kerajaan UMNO di Melaka tumbang, Idris, tiga ADUN tarik sokongan

Semalam, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan mereka hilang kepercayaan, sekali gus menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Mereka ialah bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Perkembangan ini secara teknikal menyaksikan kerajaan Melaka tumbang.

Dewan Undangan Negeri Melaka mempunyai 28 kerusi dengan 14 kerusi Barisan Nasional (BN), Bersatu (2), DAP (7), PKR (2), Amanah (2) dan Bebas (1).   

— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This