Toh Puan Zurina, isteri bekas TYT Melaka meninggal dunia

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ISTERI kepada bekas Yang Dipertua Negeri Melaka keenam, Tun Mohd. Khalil Yaakob iaitu Toh Puan Zurina Kassim dilapor meninggal dunia kira-kira pukul 10.10 pagi tadi.

Allahyarham Toh Puan Zurina, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Majlis penghormatan terakhir dijangka diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada pukul 3.30 petang tadi.

Majlis pengebumian pula dijangka disempurnakan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Melaka selepas solat Asar.

Allahyarham yang dilahirkan pada 13 Julai 1944 di Duyong, Melaka mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Khalil ketika berusia 21 tahun pada 28 Februari 1965.

Perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Baca artikel berkaitan: Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin meninggal dunia

Toh Puan Zurina mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur.

Beliau kemudiannya terbang ke luar negara bersama Mohd. Khalil yang ketika itu dilantik sebagai diplomat.

Allahyarham banyak memainkan peranan penting dalam kebajikan menerusi keprihatinannya lebih-lebih lagi sewaktu Mohd. Khalil dilantik Yang Dipertua Negeri Melaka.

Buktinya, Yayasan Toh Puan Zurina di Pantai Peringgit mula beroperasi sepenuhnya kira-kira lapan tahun lalu termasuk menyediakan rawatan hemodialisis pada tahun 2015.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This