Satu-satunya PKPD hari ini di kawasan Lipis, Pahang

Dari Penulis

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Program Bersepadu Daerah Terpencil (PROSDET) Pantos, Mukim Ulu Jelai di Lipis, Pahang bermula Jumaat ini hingga 21 Oktober. 

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai penilaian risiko dan trend jangkitan COVID-19 di lokaliti itu. 

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

Beliau turut memaklumkan PKPD di Kampung Rompon, Tambunan di Sabah ditamatkan esok seperti yang dijadualkan. 

— BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This