Singapura masuki dunia ‘Robocop’, guna robot lakukan rondaan di jalanan

Dari Penulis

SINGAPURA menjadi negara pertama di rantau ini menggunakan robot bagi melakukan rondaan di jalanan untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan dan undang-undang negara itu, terutama berkaitan prosedur operasi standard (SOP).

Selama tiga minggu, ujian awal dijalankan sejak bulan lalu itu menyaksikan dua robot digerakkan untuk membuat kawalan rondaan di kawasan perumahan dan pusat beli belah.

Kini, robot bertayar dilengkapi tujuh kamera menjalankan rondaan untuk memberi amaran kepada orang awam yang merokok di kawasan terlarang, meletak basikal secara tidak betul dan melanggar peraturan penjarakan fizikal mencegah COVID-19.

Dalam suatu rondaan, salah sebuah robot berkenaan, ‘Xavier’, sedang menjalankan pemantauan di kawasan perumahan dan berhenti di hadapan sekumpulan penduduk warga tua yang menyaksikan pertandingan catur.

“Sila patuhi jarak satu meter, sila pastikan hanya lima orang setiap kumpulan,” demikian arahan yang dikeluarkan daripada pembesar suara robot berkenaan, sambil kamera tertumpu kepada kumpulan warga tua terbabit.

Di sebalik usaha kerajaan untuk melaksanakan visi ‘negara pintar yang digerakkan oleh teknologi yang sangat cekap, para aktivis hak asasi manusia bagaimanapun mempertikaikan langkah tersebut kerana ia didakwa menggangu privasi dan pengurangan kawalan data mereka.

“Ia mengingatkan saya kepada Robocop, memberi gambaran seolah-olah kita berada dalam dunia robot… saya agak ragu-ragu dengan konsep sedemikian,” kata pembantu penyelidik, Frannie Teo, 34, yang sedang bersiar di sebuah pusat beli belah.

Aktivis hak digital, Lee Yi Ting, berkata robot berkenaan menjadi kaedah terbaru di mana penduduk Singapura akan sentiasa diawasi, sekali gus memaksa mereka sentiasa terpaksa mengawal tingkah laku dan tutur kata.

Bagaimanapun, kerajaan memberi alasan bahawa penggunaan robot terpaksa dijadikan pilihan susulan kekurangan tenaga kerja bagi tugasan seumpama itu selain peningkatan golongan penduduk berusia lanjut.

Wakil agensi kerajaan yang membangunkan robot ‘Xavier’, Ong Ka Hing, berkata Singapura kini kekurangan tenaga kerja dan tugasan seperti rondaan berjalan kaki yang dilakukan pegawai penguatkuasa kini boleh digantikan robot.

Singapura dengan 5.5 juta penduduk, mempunyai 90,000 kamera polis dan djangka berganda menjelang 2030, dilengkapi dengan teknologi pengenalan wajah yang boleh mengenapl pasti individu di khalayak ramai, mungkin di pasang di tiang lampu jalanan. – Agensi


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Empat direman dera pembantu rumah di Johor

DUA pasangan suami isteri ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden memukul tiga pembantu rumah warga Indonesia yang rakaman...

More Articles Like This