Tukar patung dewa, AJK kuil berpangkat Datuk didakwa pecah amanah

Dari Penulis

SEORANG ahli jawatankuasa sebuah kuil dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah berkaitan sebuah patung kuil, tiga tahun lepas.

Datuk M.Natarajen, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali.

Mengikut pertuduhan, Natarajen yang merupakan ahli jawatankuasa Kuil Sri Balanthandayuthabani, Rantau di Seremban dituduh melakukan pecah amanah berhubung sebuah patung batu Dewa Gabro Dewa Murugan yang diamanahkan kepadanya untuk pembaikan namun tidak mengembalikan patung itu tetapi menyerahkan patung lain yang menyerupai patung asal.  

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kuil berkenaan di Rantau pada April dan Mei 2018 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Baca artikel berkaitan: Rasuah, SPRM buru dua pemegang kad UNHCR warga Myanmar

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai selain melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan 10 November untuk serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Christopher Enteri Anak Mawan manakala tertuduh diwakili peguam S. Karthigesan, M. Manoharan dan AR Thamayanthy.

Sementara itu, memetik laporan portal Kosmo!, patung yang menjadi isu itu dianggarkan bernilai lebih RM2 juta.- BERNAMA

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Nasib Syed Saddiq sama ada kekal bebas atau dipenjara diketahui hari ini

NASIB Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada kekal bebas atau dijatuhi hukuman penjara akan diketahui...

More Articles Like This