Urus jenazah pun sempat ‘buat duit’, 5 staf hospital ditahan

Dari Penulis

KATA orang, tahap rasuah di Malaysia ketika ini memang merisaukan, bagaikan tak kira tempat dan masa, tak kira peringkat dan jawatan.

Pendek kata, bilis cara bilis, jerung cara jerung tak kira awam mahu pun swasta.

Terbaru, bab urus jenazah pun ada yang tergamak ‘buat duit’ – melibatkan suspek terdiri daripada lima orang kakitangan sebuah hospital di Selangor.

Berdasar siasatan, mereka meminta dan menerima suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dilapor BERNAMA, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2021 dan melibatkan jumlah suapan lebih RM20,000.

Susulan itu, SPRM Selangor telah menahan lima kakitangan sebuah hospital kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Rasuah penjawat awam membimbangkan – KP SPRM

Tukar patung dewa, AJK kuil berpangkat Datuk didakwa pecah amanah

Kata sumber itu, difahamkan, kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan 34 hingga 44 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelan Induk JS-SEZ: Bangkitkan isu bukan untuk mencela atau salahkan mana-mana pihak – Onn Hafiz

MENTERI Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan kenyataan beliau berhubung Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) bukan...

More Articles Like This