Teringin nak makan kek cawan? Apa kata cuba resipi kek cawan coklat ini. Sedap dan lembut, sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Bahan A
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
(ayak bahan-bahan ini terlebih dahulu)
Bahan B
4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 ½ cawan air panas
CARA:
- Pukul telur dengan gula halus hingga kembang. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap.
- Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan kelajuan perlahan.
- Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati, masukkan air panas.
- Akhir sekali sediakan acuan kek cawan dan masukkan adunan ke dalamnya.
- Bakar pada suhu 180c selama 15 minit.


