Perletakan jawatan Pengerusi Tabung Haji tiada kaitan politik

Dari Penulis

PERLETAKAN jawatan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Tan Sri Md Nor Yusof tiada hubung kait dengan sebarang tekanan politik, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

“Satu perkara biasa sekiranya pengerusi mana-mana GLC (syarikat berkaitan kerajaan) bertukar… dalam soal Tabung Haji ini ia tidak ada kaitan dengan tekanan politik daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sumbangan Foodbank TH di Kota Bharu hari ini.

Jelasnya kalau disebabkan wujudnya tekanan politik, ia tidak benar walaupun pengerusi yang meletak jawatan itu dilantik semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Baca artikel berkaitan: Md. Nor Yusof lepas jawatan Pengerusi Tabung Haji

“Ketika zaman (pentadbiran) Perikatan Nasional (PN) di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri ketika itu) tidak ada pertukaran, dan sekiranya kita mahu katakan disebabkan tekanan politik, sudah pasti kena tukarlah (ketika itu).

“Kita melihat perkara ini kepada kesesuaian zaman dan perancangan strategik yang memerlukan kepakaran lain untuk bergerak lebih laju dalam memacu TH,” katanya.

Semalam Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan mengumumkan Md Nor telah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi TH.- BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan peruntuk RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI perkukuh mitigasi banjir di Sarawak

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak tahun ini sebagai langkah memperkukuh...

More Articles Like This