PENGOPERASIAN institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengikut ketetapan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi empat negeri dan wilayah akan berkuat kuasa mulai 1 November depan.
Empat negeri dan wilayah itu adalah Melaka, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pada masa sama, pengoperasian institusi pendidikan mengikut ketetapan Fasa 3 PPN bagi Kedah dan Kelantan pula akan bermula pada 31 Oktober manakala Pulau Pinang, Perak dan Sabah bermula 1 November.
KPM dalam kenyataan memaklumkan perubahan ketetapan itu adalah selaras peralihan Fasa 3 kepada Fasa 4 bagi Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka.
Katanya, ia juga melibatkan peralihan Fasa 2 kepada Fasa 3 bagi Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah yang semuanya berkuat kuasa esok.
Menurut KPM, ketetapan pengoperasian bagi negeri-negeri di Fasa 4 itu melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 3 di sekolah menengah.
“Kehadiran murid Tahap 2 sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan bermula pada 8 November 2021.
Baca artikel berkaitan: Institusi pendidikan dibuka dua minggu selepas beralih fasa PPN
“Seminggu selepas negeri-negeri tersebut memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, KPM memaklumkan, pengoperasian Fasa 3 PPN akan melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di sekolah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas vokasional dan program pendidikan khas integrasi.
KPM memberitahu, ia juga melibatkan Semester 2 Tingkatan 6, prauniversiti sekolah sukan Malaysia, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya, sekolah harian atau sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma serta kelas peperiksaan antarabangsa.
“Institusi pendidikan bawah KPM ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
“KPM juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram