POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan akan membantu sepenuhnya perjalanan pilihan raya dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam suasana norma baharu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, PDRM akan menggerakkan anggotanya termasuk kemungkinan mendapatkan bantuan pegawai dan anggota dari negeri lain untuk melancarkan perjalanan PRN Melaka.
“Jika Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan ada SOP tertentu, kita sedia melaksanakannya dan buat masa ini, kita mempunyai pasukan pematuhan di Melaka sebanyak 280 pasukan,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja di Balai Polis Malim, Melaka, hari ini.
Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 20 pesara polis.
Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, hari ini mengumumkan 20 November ini sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka. Hari mengundi awal pula ditetapkan pada 16 November, manakala penamaan calon pada 8 November.
BERITA BERKAITAN PRN Melaka 20 November, penamaan calon 8 November
Menurut BH Online, Mazlan berkata, pihaknya sedang mengkaji keperluan untuk mendapatkan bantuan pegawai dan anggota dari negeri lain bagi membantu kontinjen Melaka dalam menghadapi PRN.
“Kita akan lihat pada keadaan dan jika diperlukan untuk tambah (anggota), kita tidak ada masalah (untuk tambah) jika keadaan memerlukan.
“Pasukan pemantauan juga begitu, jika perlu ditambah mengikut situasi PRN, ia akan ditambah memandangkan pasukan polis sentiasa bersiap siaga,” katanya. – UtusanTV
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

