Lelaki ditetak kerana hon penunggang motosikal di Shah Alam

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TINDAKAN membunyikan hon kerana laluan dihalang membawa padah apabila seorang lelaki cedera selepas ditetak menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di lorong motosikal Lebuh Raya Persekutuan, Seksyen 13, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa berusia 45 tahun sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur sebelum berlaku perselisihan dengan seorang penunggang motosikal lain.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 berhubung kejadian itu pada jam 8.19 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa membunyikan hon kepada suspek kerana menghalang laluannya ketika melalui lorong motosikal di lokasi kejadian.

“Suspek berusia 43 tahun yang menunggang motosikal dipercayai tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa membunyikan hon.

“Suspek kemudian berhenti di tepi jalan sebelum bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong daging,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sarudin berkata, akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, belakang leher, lengan serta tangan dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, suspek berjaya ditahan polis tidak lama selepas kejadian bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau alat berbahaya,” katanya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This