Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan pagi ini selepas proses pengecaman dan pengurusan jenazah selesai dilaksanakan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, urusan pengurusan, pengecaman dan pengebumian mangsa berjaya disempurnakan dengan lancar hasil kerjasama pelbagai agensi yang terbabit.

Menurutnya, semua mayat mangsa dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat, pengecaman identiti dan dokumentasi forensik mengikut prosedur ditetapkan.

“Proses pengurusan jenazah bermula pada jam 10 malam semalam dan selesai sepenuhnya pada jam 7 pagi tadi.

“Daripada 27 mangsa yang ditemukan, 13 adalah lelaki manakala 14 lagi wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua jenazah kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena bermula jam 7.30 pagi mengikut prosedur Temporary Control Burial (TCB) atas nasihat pihak hospital.

Katanya, proses pengebumian dilaksanakan dengan penuh tertib dan penghormatan mengikut hukum syarak di bawah pemantauan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Menurut Adzli, operasi pengurusan dan pengebumian itu membabitkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), HSB, MAIK, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Beliau berkata, insiden itu dipercayai membabitkan sekumpulan migran yang cuba memasuki perairan negara secara haram sebelum bot yang dinaiki karam.

“Siasatan berhubung punca kejadian, laluan kemasukan serta dalang di sebalik aktiviti penyeludupan migran masih diteruskan mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya kepada polis.

Adzli berkata, tragedi itu menjadi peringatan mengenai risiko dan bahaya yang dihadapi individu yang menggunakan laluan tidak diwartakan bagi memasuki sesebuah negara.

Katanya, PDRM akan terus memperkukuh penguatkuasaan undang-undang serta kawalan keselamatan perairan bagi membanteras aktiviti penyeludupan migran dan memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This