Kanak-kanak 6 tahun maut jatuh hotel ketika bercuti dengan keluarga

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai terjatuh dari sebuah hotel dekat Tanjung Tokong di George Town, semalam.

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, insiden malang itu difahamkan berlaku pada kira-kira 11.30 pagi selepas mangsa selesai mandi di kolam renang dan berjalan ke bilik penginapannya bersama ahli keluarga sebelum meluru memasuki lif tanpa disertai ahli keluarga lain.

Keluarga mangsa dari Sungai Petani, Kedah dikatakan cuba mencarinya selepas itu sebelum dikejutkan dengan penemuan kanak-kanak tersebut yang tidak sedarkan diri di tingkat satu hotel dan dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.

“Buat masa sekarang, saya hanya boleh sahkan kejadian memang berlaku. Balai Tanjung Tokong menerima maklumat pada 12.20 tengah hari dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Palestin perkukuh kerjasama pendidikan tinggi

MALAYSIA akan terus memainkan peranan membantu rakyat Palestin membina semula kekuatan bangsa melalui ilmu dan pendidikan. Demikian ditegaskan Menteri Pendidikan...

More Articles Like This