Hidangan berasaskan ayam antara menu yang sangat digemari. Jom cuba resipi ayam kicap bugis ni. Resipi yang sangat sedap, mudah dan membuka selera.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong kecil
3-4 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil air asam jawa
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
3 cm halia
Minyak secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Ayam dibersihkan dan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak dan tus.
  2. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Bawang besar di potong bulat.
  3. Jintan putih dan jintan manis di kisar halus.
  4. Panaskan sesudu makan minyak, tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
  5. Masukkan ayam goreng, kicap, air asam jawa, garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Didihkan seketika hingga semua bahan sebati.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram