Selalunya kalau nak makan satar ikan yang sedap mesti kita perlu beli diluar. Apa kata kali ini kita buat sendiri dirumah. Jom cuba resipi satar ikan yang sedap ini.

BAHAN-BAHAN :
400 gm isi ikan tenggiri – buang kulit dan
tulang
100 ml air asam jawa
8 biji buah keras
2 cm halia
3 ulas bawang merah – hiris
1 ulas bawang putih – hiris
150 gm kelapa parut
3 tangkai cili merah – cincang
10 gm serbuk cili
1 helai daun salam – di mayang
1 helai daun kunyit – di mayang
Belacan
Gula dan garam
Daun pisang
Batang buluh

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Rebus isi ikan sehingga masak, angkat dan hancurkan. Kemudian campurkan dengan semua bahan yang lain.
  2. Kemudian bentukkan daun pisang seperti kon, isikan de ngan 3 camca campuran ikan.
  3. Bungkus kemas dan cucuk daripada bahagian bawah dengan buluh.
  4. Untuk setiap batang buluh, cucuk 4 hingga 5 bungkus satar. Bakar di atas bara api hingga keperangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram