Kamal Adli, Uqasha Senrose belum nak kahwin lagi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DESAS-desus pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang akan berkahwin dalam masa terdekat ini, mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Ujar Kamal, ketika ini mereka sibuk dengan jadual kerja yang sangat padat selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimansuhkan kerajaan.

Malah, Kamal yang bakal mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) bermula 31 Oktober depan juga tidak akan berkahwin sehingga rancangan itu selesai.

“Sekarang, kami masih lagi buat persiapan (untuk perkahwinan).

“Jadi, masih tiada rancangan untuk berkahwin…bukan ketika program LCK3 masih berjalan ataupun selepas program ini tamat,โ€ katanya kepada URTV.

Kamal berkata demikian ketika sidang media program LCK3 yang diadakan secara maya sebentar tadi.

Sepanjang sidang media berlangsung, Kamal cuba untuk mengelak daripada memberikan tarikh sebenar hari bahagianya apabila ditanya oleh rakan wartawan.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha mengikat tali pertunangan pada 4 April. Sebelum itu, Kamal telah melamar Uqasha secara terbuka di pentas Anugerah Meletop Era 2020 pada Disember tahun lalu.

Kamal akan bergandingan dengan pelakon dan pengacara, Ain Edruce bagi mengendalikan LCK3 di samping barisan juri tetap iaitu Ajai dan Mas Idayu.

LCK3 akan disiarkan di TV3, setiap Ahad, pukul 9 malam selama lapan episod.


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV โ€˜shortcutโ€™ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layariย utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โ€˜Add to Homescreenโ€™

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diย TikTok,ย Facebook,ย Twitter,ย Instagramย &ย Telegram

Berkaitan

Air mata Che Ta gugur iringi pernikahan anak sulung, titip nasihat rumah tangga

SUASANA penuh syahdu bersulami linangan air mata gembira mengiringi detik bersejarah buat keluarga aktres Rozita Che Wan, apabila anak...

More Articles Like This