Kenakan cukai vape lebih tinggi, kerajaan terlepas sumber pendapatan baharu

Dari Penulis

KERAJAAN disarankan mengenakan cukai kepada cecair vape bernikotin untuk memaksimumkan hasil kutipan cukai industri tersebut, termasuk menaikkan lagi kadar cukai sedia ada.

Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, berdasarkan laporan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kutipan eksais cecair vape pada suku tahun ini berjumlah RM100,000, jauh lebih rendah berbanding anggaran industri sebanyak RM300 juta setahun.

“Kutipan yang rendah ini adalah disebabkan oleh pelaksanaan eksais rokok elektrik ini hanya kepada cecair tanpa nikotin yang mewakili tiga peratus dari keseluruhan pasaran, manakala 97 peratus selebihnya adalah cecair vape bernikotin yang kini tidak dikawal selia dan tidak dikenakan cukai.

“Jika kerajaan mengenakan cukai kepada cecair bernikotin ini, saya percaya ia adalah satu sumber baru ekonomi negara,” katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 di Dewan Negara, hari ini.

BERITA BERKAITAN Padah hisap vape, remaja perempuan nyaris maut

Mohd Hisamudin berkata, apabila kerajaan memperkenalkan duti eksais rokok elektronik, ia adalah satu perkara baru yang akan menambah sumber pendapatan negara.

“Begitu juga sama dengan Levi Keuntungan Luar Biasa ini, ia akan turut menjadi sumber alternatif kepada pendapatan negara. Segala kritikan terhadap Rang Undang-Undang ini tidak pun mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negara.

“Malah, saya mengesyorkan cukai vape dinaikkan untuk menambah hasil pendapatan negara,” katanya.

Menurutnya, ketika ini kadar 40 sen yang dikenakan bagi setiap mililiter (ml) agak rendah dan dijangkakan beberapa tahun lagi sumbangan industri vape akan mencecah RM10 bilion. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This