Padah hisap vape, remaja perempuan nyaris maut

Dari Penulis

WALAUPUN ada pihak, terutama penjual vape mendakwa vape lebih baik daripada rokok, perkara itu tidak seharusnya diambil bulat-bulat kerana secara prinsipnya kedua-dua produk tersebut adalah berbahaya kepada kesihatan.

Seorang remaja berumur 15 tahun baru-baru ini mengalami masalah pernafasan dan dimasukkan ke hospital dengan pada awalnya disangkakan doktor dijangkiti COVID-19, tetapi rupa-rupanya dia telah tujuh bulan menghisap vape.

Dakota Stephenson dimasukkan ke hospital dan disahkan menghidap masalah masalah paru-paru berpunca daripada tabiat berkenaan.

Penyakit itu dikenali sebagai Vaping Product Use-Associated Lung Injury (Evali) atau kecederaan paru-paru yang berkait dengan penggunaan produk vape.

Portal Kompas melaporkan, Dakota dikejarkan ke hospital pada September lalu dengan menaiki ambulans, beberapa hari selepas dia melaporkan mengalami sakit punggung dan kesulitan ketika membuang air kecil.

BERITA BERKAITAN Vape semakin tidak terkawal, NGO gesa e-rokok diharamkan

Dia kemudian muntah-muntah, di samping degupan jantung menjadi cepat selain suhu badannya meningkat sehingga 39 darjah Celsius.

Ibunya, Natasha memberitahu bahawa Dakota mengalami masalah pernafasan hingga terpaksa menggunakan bantuan ventilator dan pada awalnya, doktor menyangka Dakota dijangkiti COVID-19.

“Ketika itu Dakota mengalami kesulitan untuk bernafas dan (keadaannya) semakin parah,” kata Natasha.

Dalam beberapa jam Dakota mengalami hipoksia apabila bekalan oksigen tidak mencukupi untuk paru-parunya kerana remaja itu mengalami pneumonia.

Dakota hanya dibenarkan keluar dari hospital selepas seminggu menerima rawatan.

Dia kini sukar untuk bersukan walaupun sebelum ini adalah seorang yang aktif.

Sehubungan itu, Dakota mengingatkan remaja lain mengenai kemungkinan dan risiko daripada tabiat menghisap vape.

“Ia boleh membunuh kamu dan sangat menakutkan,” katanya. – UtusanTV


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

200 penerima STR dapat ganjaran Kempen BSN SSP, BSN GIRO-i 2025

SERAMAI 200 pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN), terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), memenangi pelbagai hadiah menarik dan...

More Articles Like This