Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa./ GAMBAR: Abd Razak Aid

BERMULA 1 September lalu, Pos Malaysia Bhd. mengenakan caj 50 sen bagi pengguna yang membuat pembayaran bil Astro di kaunter mereka, dan ia merupakan persetujuan secara komersial (commercial arrangement) antara dua syarikat berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengguna perkhidmatan penyiaran Astro mempunyai pilihan untuk membayar bil tanpa dikenakan caj perkhidmatan, antaranya menerusi kaedah auto debit yang memerlukan pelanggan mendaftar di portal layan diri atau di pusat perkhidmatan pelanggan Astro.

Beliau berkata, selain itu alternatif pembayaran bil termasuk Astro Quick Pay, saluran Astro 200, aplikasi My Astro serta platform JomPAY.

“Sejak Januari tahun ini, caj perkhidmatan 50 sen untuk Astro telah dilaksanakan oleh ejen-ejen pembayaran bil, cuma Pos Malaysia Berhad sahaja yang baharu mengenakan caj sama bagi bayaran bil Astro di kaunter bermula 1 Sept 2021,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) yang ingin tahu mengapa caj 50 sen dikenakan sebagai caj kepada pelanggan apabila membayar bil Astro sekiranya dibayar secara manual di pejabat pos.

Baca artikel berkaitan: Rumah Prihatin sedia jadi PPV untuk remaja – Annuar

Beliau berkata, Pos Malaysia yang telah dikorporatkan pada 1992 dan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2001 kini adalah anak syarikat Kumpulan DRB-HICOM Berhad.

Katanya selain menyediakan perkhidmatan pos asas, Pos Malaysia telah mengembangkan aktiviti perniagaannya dan kini merupakan sebuah syarikat perkhidmatan logistik dan e-Dagang bersepadu yang terulung di Malaysia. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram