Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO - Gambar UMNO Online

UMNO hari ini memutuskan Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka manakala persefahaman dengan PAS diteruskan untuk menghadapi pilihan raya negeri tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan di sini malam tadi.

BERITA BERKAITAN Sah, tiada kerjasama UMNO – Bersatu di PRN Melaka – Ahmad Zahid

“Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi pada malam ini telah membuat beberapa ketetapan antaranya Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri Melaka dan mesyuarat juga memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa parti itu menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 18 November 2020 dan 19 Oktober 2020 untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri seraya mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,” katanya kepada media selepas mesyuarat khas MKT UMNO, di Kuala Lunpur, malam tadi.

UMNO Online melaporkan, Majlis Kerja Tertinggi juga memberikan mandat kepada Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN. – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram