Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim

WANITA UMNO menyifatkan pembentangan Bajet 2022 semalam menonjolkan keprihatinan kerajaan bagi memastikan peranan wanita diperkasakan sekali gus merealisasikan konsep Keluarga Malaysia.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata, insentif kepada majikan menampung sebahagian gaji bulanan selama 12 bulan bagi mengambil pekerja wanita tidak bekerja melebihi setahun memberi ruang wanita mengurangkan bebanan keluarga.

Menurut beliau, Wanita UMNO sangat bersetuju kerajaan mewajibkan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat awam mulai 1 September 2022.

“Perkara ini sepatutnya bermula lebih awal lagi dan bilangan komposisi sekurang-kurangnya dua kerusi.

“Ia juga tidak hanya terikat bagi syarikat awam malah terbuka untuk mana-mana syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Norshida berkata, pemerkasaan dalam sektor keusahawanan dan ekonomi juga patut dipuji dengan kerajaan mula melihat kegigihan usahawan wanita.

Baca artikel berkaitan: Bajet 2022 tumpu peluang pekerjaan, pembiayaan PKS – Shahril Hamdan

Bajet 2022: KKMM tumpu program pendigitalan nasional

Katanya, program MyKasih Kapital pula membantu wanita yang bekerja dari rumah dan insentif ini sangat diperlukan bagi menyuntik modal asas perniagaan dengan program bimbingan sebagai bekal ilmu pengetahuan bagi merancakkan penjanaan ekonomi dari rumah secara dalam talian dan digital.

Beliau berkata, isu seksual dan keganasan terhadap wanita juga tepat dalam memastikan wanita dapat dilindungi dengan proaktif dan berkesan.

“Dari segi kesihatan, kita bersyukur cadangan Wanita UMNO diangkat mengenai risiko kesihatan dan isu keciciran sekolah.

“Wanita UMNO berterima kasih kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang prihatin dan responsif terhadap golongan wanita,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram