Wanita UMNO mampu bawa parti ke mercu kejayaan gemilang – Zahid Hamidi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya sayap wanita parti tersebut mampu membawa UMNO ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.

Bahkan beliau percaya Wanita UMNO kini di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan terus cemerlang dengan semangat setia serta daya tahan yang ditunjukkan.

“Saya hadir merasmikan Kursus Pemantapan Jentera Wanita Luar Biasa anjuran Wanita UMNO Malaysia. Kursus ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha untuk memperkukuhkan peranan dan kepimpinan Wanita UMNO.

“Wanita UMNO telah membuktikan bahawa mereka bukan sekadar jentera yang gigih bekerja, tetapi juga pemangkin kepada perubahan dan pertumbuhan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Lelaki maut terjatuh dalam mesin proses sawit

UMNO kini dilihat berada pada memontum baik susulan daripada kejayaan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri pada pilihan raya kecil minggu lalu.

Pada PRK DUN Nenggiri, calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang selepas menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi itu.

Mohd Azmawi Fikri, 38, secara rasmi menang dengan memperoleh 9,091 undi menewaskan pencabarnya daripada PN, Mohd Rizwadi yang meraih 5,739 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This