Sambut Deepavali dalam norma baharu – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan Keluarga Malaysia yang beragama Hindu agar menyambut perayaan Deepavali hari ini dengan menerapkan amalan norma baharu.

“Semoga perayaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan di bumi tercinta ini. Sambutlah perayaan dengan penuh kebahagiaan dalam penerapan norma baharu.

“Ukirkan senyuman yang lebar dalam pesta cahaya dengan penerapan jalinan kasih sayang sesama kita, sebagai ahli Keluarga Malaysia yang dicintai dan disayangi di negara ini,” katanya menerusi hantaran di Twitter dan Facebook rasmi beliau malam tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah pula berharap dalam menyambut perayaan itu dengan penuh keceriaan, rakyat Malaysia berganding bahu menjalankan tanggungjawab bersama serta berusaha membantu negara dalam membuka semula ekonomi dan aktiviti sosial dengan selamat.

“Sentiasa amalkan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan. Tingkatkan penilaian kendiri COVID-19 dengan TRIIS iaitu test, report, isolate, inform, seek (Uji, Lapor, Asing, Maklum dan Dapatkan).

Baca artikel berkaitan: Deepavali : Kisah di sebalik cahaya yang menerangi kegelapan

“Apa yang kita lakukan sekarang amatlah penting pada bulan-bulan yang akan datang sebagai penanda aras persediaan kita memasuki fasa endemik,” katanya melalui hantaran di Facebook rasminya.

Di samping itu, beliau turut mengucapkan semoga cahaya perayaan ini memberi kesihatan dan kesejahteraan kepada Keluarga Malaysia yang menyambut Deepavali.

“Kita jaga kita. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga komuniti dan negara kita,” kata Dr. Noor Hisham mengakhiri hantaran itu. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This