KEBERANIAN kepemimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membariskan beberapa wakil generasi muda sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan petanda baik pembaharuan politik dalam gabungan tersebut.
Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, calon-calon muda yang diketengahkan BN merupakan individu yang berkaliber dan bertenaga menawarkan imej segar serta ikrar khidmat bakti kepada rakyat.
Kata beliau, kesemua calon ditampilkan BN mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri.
“Bersama calon-calon yang lebih berpengalaman, mereka mewujudkan suatu barisan yang mengisi pelbagai julat umur, mewakili perspektif generasi masing-masing.
“Inilah keunikan tawaran BN kali ini, di samping selaras dengan knsep setiakawan dalam BN dan semangat Keluarga Malaysia, lapan kerusi juga dikongsi bersama parti-parti komponen,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Mengulas lanjut, Shahril berkata, semua calon terutama generasi muda tetap memerlukan kerjasama, bantuan dan dukungan seluruh jentera parti.
Baca artikel berkaitan: PRN Melaka: BN bertanding solo, tiada kerjasama dengan Pas
Namun begitu, beliau tetap meluahkan keyakinan bahawa semua calon bersedia dan rendah diri memohon kerjasama, bukan untuk kepentingan diri tetapi menjamin kejayaan parti.
“Dalam hari-hari mendatang, kami akan mempromosi calon-calon BN dan memperhebat gerak kerja terutamanya dengan norma baharu.
“Melangkaui isu calon, dua perkara utama telah diperjelas sekali lagi hari ini iaitu calon Ketua Menteri dari BN ialah Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.
“Selain itu, semua calon menandatangani akuan bersumpah untuk tidak lompat parti dan menerima tindakan undang-undang diambil jika ingkar.
“Kedua-dua ini menjanjikan kestabilan sebagai satu tema utama dalam kempen BN untuk PRN Melaka,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

