PROJEK Lebuhraya Pan Borneo diyakini mampu memperluas jaringan pengangkutan dan keterhubungan antara pekan serta daerah ke pusat pertumbuhan berpotensi seperti pelabuhan, kawasan perindustrian dan pusat-pusat komersial.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan berhasrat mengulangi kejayaan projek-projek lebuh raya di Semenanjung menerusi pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Kata beliau, ia sekali gus membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian infrastruktur jalan raya yang terancang, sistematik dan efisien buat Keluarga Malaysia di Sabah.
Perdana Menteri berkata, projek berkenaan mampu memastikan pembangunan sosioekonomi yang lebih baik selari dengan hala tuju strategik Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) iaitu ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan’.
“Seperti kita sedia maklum, rangkaian jalan raya yang baik mampu melonjak potensi pertumbuhan dan memberi limpahan transformasi pembangunan luar bandar.
“Insya-Allah, pembangunan di Sabah tidak akan terhenti di sini, kerajaan akan meneruskan pakej-pakej pembangunan dalam memastikan pembangunan Sabah dapat diteruskan dan manfaat dapat dinikmati rakyat negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur melibatkan Kinabatangan – Sandakan – Beluran – Telupid, hari ini.
Baca artikel berkaitan: PM lancar pakej terbaru Lebuhraya Pan Borneo di Sabah
Mengulas mengenai projek tersebut, Perdana Menteri berkata, ia merangkumi tiga pakej kerja iaitu 28, 29 dan 30 yang merentasi daerah Kinabatangan, Sandakan, Beluran dan Telupid sepanjang 58 kilimeter berjumlah RM877 juta.
Menurut Ismail Sabri, skop pembinaan tiga pakej kerja itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan Persekutuan sedia ada daripada dua lorong ke empat lorong dari Sandakan Mile 32 ke Sungai Baoto yang turut melibatkan pembinaan satu persimpangan bertingkat di Sapi Nangoh dan tiga jambatan di Sungai Monyet, Sungai Muanad dan Sungai Manduring.
Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan telah bermula bulan ini dan dijadualkan siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun iaitu pada Oktober 2024.
“Dalam melaksanakan projek ini, kerajaan membuka ruang penglibatan untuk rakyat tempatan Sabah sepenuhnya.
“Ada yang telah dilantik sebagai perunding, pembekal mahu pun kontraktor serta mencipta peluang pekerjaan buat Keluarga Malaysia di Sabah.
“Selain itu, ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam kalangan anak tempatan Sabah juga telah dilahirkan dan secara langsung memberi sumbangan kepada pembangunan negeri ini,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

