Padah keluar kenyataan perkauman, warga Bangladesh ditahan

Dari Penulis

TINDAKAN seorang lelaki warga Bangladesh disyaki mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman di media sosial mengundang padah apabila dia ditahan polis Johor, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek berusia lingkungan 29 tahun itu ditahan di Muar, Johor pada pukul 7.30 malam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan mendapati permit pekerjaan suspek telah tamat tempoh selain disyaki menetap di Malaysia melebihi tempoh ditetapkan.

“Pada 5 November ada satu video yang ditularkan seorang warga asing yang mengeluarkan kenyataan berkaitan agama Hindu, agama Islam dan perayaan Deepavali.

“Perbuatan itu mendatangkan kegusaran dan pecah keamanan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhkbar selepas Ops Sarang Khas Projek Perumahan Rakyat (PPR) 1.0 di PPR Larkin, Johor Bahru.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, suspek telah ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This