15 calon bebas PRN Melaka wujudkan Gagasan Bebas

Dari Penulis

SERAMAI 15 daripada 22 calon bebas yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bersetuju mewujudkan Gagasan Bebas bagi menghadapi kempen PRN berkenaan.

Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Datuk Norazlanshah Hazali berkata, gagasan tersebut diwujudkan atas rasa nekad calon-calon Bebas berkenaan, untuk membetul dan menstabilkan arena politik di negeri itu.

“Setakat ini seramai 15 calon bebas telah bersetuju dengan cadangan ini, dan selebihnya masih dalam perbincangan.

“Kami semua adalah calon Bebas, tidak terikat dengan mana-mana parti, malah tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana parti,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Pada penamaan calon hari ini, seramai 22 calon Bebas akan bertanding di 16 DUN termasuk Datuk Norhizam Hassan Baktee, yang akan mempertahankan kerusi Pengkalan Batu.

Katanya, mereka semua bersepakat ingin mengetengahkan beberapa isu terutamanya melibatkan kesihatan dan kebajikan rakyat.

Baca artikel berkaitan: PDRM teliti SOP PRN Melaka, pastikan gerak kerja terbaik

SPRM buka bilik gerakan beroperasi 24 jam untuk aduan rasuah PRN Melaka

Dalam pada itu, Norazlanshah menjelaskan kesemua 15 calon tersebut akan menandatangani surat akuan bersumpah (SD), dan pihaknya kini pada fasa akhir memperhalusi kandungan dokumen itu.

“Antara intipati utama SD tersebut adalah calon yang bersama Gagasan Bebas tidak akan membentuk satu parti baharu selepas PRN, atau sesekali melompat parti sekiranya ditawarkan menyertai mana-mana parti selepas ini.

“Kami juga bersedia untuk meletakkan jawatan malah rakyat boleh menuntut dan bawa kami ke mahkamah bagi mengosongkan kerusi, jika kami ingkar SD tersebut,” katanya. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This