SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang memulakan operasinya hari ini.

Bilik gerakan bertempat di Pejabat SPRM Melaka, Alai, Melaka, itu beroperasi 24 jam.

SPRM dalam kenyataan media, berkata bilik gerakan itu dilancarkan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan mengenai sebarang perbuatan rasuah serta salah guna kuasa berkaitan PRN.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau aduan berkaitan boleh menyalurkannya melalui e-mel kepada: [email protected] atau hubungi talian 06-2896011 atau 06-2896000.

Sementara itu, SPRM turut mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). – UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram